dua(2) ruang

Januari 28, 2008

langit-bumi

ruang langit memang tak pernah jemu mengerjip ruang bumi, dan ruang bumi dengan- laut, sungai, tasik, alur, paya, lopak, kali, tadahan -nya pula tak muak membiaskan raut langit. keseringan pertentangan ini mengasak benak gua supaya bertanya, “dalam kita meng’angkasa’kan minda(pemikiran) supaya hamil dan tidak mandul, kenapa perangai kita masih di’bumi’kan?” ..dan sikap suka ‘membumikan perangai’ ini kerap pula gua terserempak di bingkai ibu kota – ya, bunyinya mungkin agak memimik gaya tokoh motivasi, tapi itulah yang Pendeta Za’ba pernah suratkan dalam bukunya – ‘Perangai Bergantung Kepada Diri’ – dan buku ini telah dilarik di abad lalu. Angkasa atau Bumi?-pilih saja sendiri.

Advertisements

kenapa buku?

Januari 28, 2008

bucu aksara
pulang khayal ke tahun 2005 di awal alaf, gua mengakui bahawasanya buku ialah guru yang tak pernah memukul; malahan sentiasa memberi, dan terus memberi  – memberi inti kewarasan juga kelunakan. kembali khayal ke tahun 2008, gua sering kecanduan dan akan diserang resah yang tak menentu jika renggang daripada buku.
buku, memang susunan aksara dan apungan hurufiah yang sentiasa tampak indah -dan terkadang-kadang mencuit rasa gelisah!!

lain ruang lain rasa

Januari 28, 2008

feri

tanpa diduga, latar alam juga memberi rasa nikmat yang beragam bila mengunyah aksara. dan gaya membaca juga kadangkala mengalirkan kelazatan yang berbeda  [ duduk, berdiri, terlentang, meniarap, bertinggung, bersimpuh, mengiring, bersandar, tergantung(ada ka?)]  semua penelaah ada gayanya; dan gua merindui gaya dan latar ini – santai di kerusi panjang (dan keras!) feri, disapa pawana ramah dan ditokok hanyir laut. ahhh, bila lagi ya mahu begini?

pasang-surut

Januari 28, 2008

6 muharam, 1429. sekitar 7.57 pagi.

gelintar ditengah-tengah ombak insani dan kenaikan -gua sunyi dalam ruang diri sendiri; terkebil menyeluruhi ruang dan bucu (rupa-rupanya alam ini memang sebati dengan masyarakat!)

pagi itu iklim di langitnya ramah; cuma iklim di buminya agak ruwet. manusia dan mesin tergesa  – membimbit ‘arah’ jihat masing2  –  gua lekas-lekas (tanpa diminta) terhantar untuk  memisalkan suasana ini dengan laut. mendadak segerombol insani dengan kegelagatan yang rencam melintas jalan  –  ke satu pola arah. di bucu lain, sebusa insani tergaul dalam lintasan ‘zebra’ menggagahi denai kaki -juga ke satu pola arah. di dada jalanraya, [ mesin+jentera=kenaikan ]menderam bagaikan arnab perengus yang luka dan murka -pangkah-memangkah -gulungan asapnya serupa kapas hitam merelung terus ke rahim cakerawala. dalam lingkungan ‘air pasang’ itu, gua melarutkan deria lidah dengan kafeina -RM1.70- hmm, boleh tahan! 

santak 1 jam @ tumpu jam 9 pg, ‘air pasang’ – bancuhan insani dan mesin – mulai reda, airnya linang sekali.  dengan hujung lidah yang masih terkesan dengan pahit kafeina, gua melangkah jejak ‘air pasang’ tadi  – sambil rangkai khayal gua cepat menyimpulkan – ” petang ini, sekitar jam 5, akan ‘surut’ lah… kembali semuanya dari pantai rezeki ini.”

begitulah suatu pagi di megan avenue, jalan yap kuan seng di ibu kota.

‘Saya adalah mantan Sasterawan Negara, sekarang’-A.Samad Said

sila rujuk sini : http://klpos.com/klpos/index.php?option=com_content&task=view&id=2190&Itemid=49  untuk menekuni reaksi Pak Samad.

 Gua terdiam lama.

‘tahlil’

Januari 22, 2008

gua terdengar bias-bias suara sekitar jam 1.52 pagi tadi, di ruang legar minda.

‘bahasa melayu dah jadi gemulah!! bahasa melayu dah jadi gemulah!!’

..dan 7.13 pagi ini gua mundar-mandir di pasar pelabuhan kelang mencari perkakas bagi kenduri arwah dan ‘tahlil’ untuk bahasa melayu. gua sedih dan hiba. tapi, tak mengapalah. mungkin majlis malam ini hanya dihadiri oleh gua, pena, buku dan penanda buku. gua betul2 hanyut dalam arus belasungkawa.

hasil sastera SN ‘terlalu berat’ untuk teks KOMSAS? atau ada segelintir gerombol puak yang ‘terlalu ringan’ untuk menjamah?  gua cepat2 terimbas raut Pak Samad yang setia dengan beg sandangnya..

 ayuh kita selamatkan sastera bahasa melayu.

renjis dua sejoli

 tengkolok sang raja;sipu anak dara,

pelamin puncak idam;latah si mak andam,

kawah pakat berkat;nikmat tanah bakat,

genggam jabat erti;restuilah Illahi.

zawan baba, november 2006.

(belum pernah disiar di mana2)

 

(antara dua ke tiga minggu lagi!!)