Landasan & Lingkung

Mei 14, 2008

Jalan

—memang bersimpang—    tapi hanya satu yang    —berimbang—

lurus,

 

Ruang

[   memang mencakupi   ]       tapi hanya satu yang     [    mencukupi   ]

tulus.

Gelincir sang matahari dari sudut tegak ubun2, mereka akan terus berbondong ke tanah gemulah para anbiya.

genderang manggar

Januari 31, 2008

kenderaan manggar

gua akan cuti walimatul urus mulai esok. lusa, gua akan menggagahi genderang manggar pandai terbang ini pulang ke kampung. dengan amat perlahan, gua melucutkan saduran rencah sang bujang – lalu menyarung salutan perisa rumahtangga pula. (saat ini gua memujuk halwa koklea dengan [tenacious D -‘tribute’ ] ... jack black memanglah isim!!

– rakam ruang akan berjeda seketika –

merenjis makna

Januari 30, 2008

kartu undangan di bawah gua fikir sudah cukup untuk menjelaskan semuanya sekaligus ;

kartu jemputan

benar, gua akan jadi mempelai.  maksudnya gua akan berhenti jadi bujang – lalu menyadur diri dengan busana sang suami. jemputlah ke majlis gua ya!

lain ruang lain rasa (2)

Januari 29, 2008

airasia

gaya membaca ini sebenarnya memang melemaskan.   bucunya sempit, ruangnya terbatas, geraknya dikongkong,  ‘meja study’ nya berpotongan mini  – semua ini menghantar suhu rengsa dalam iklim yang mendera! .  dengan tuntutan ‘migrain‘ yang sentiasa memburu ruang tenggorok gua, posisi ini kadangkala membasmi serangan ‘migrain’ itu seketika – melupakan sejeda platun tentera ‘migrain‘ yang pongah menghentam saraf di kepala gua!   ya, itulah ‘barah’ yang gua sering alami dan gaya inilah penangkis utama.   memang ada hidangan lain yang boleh dijamah, tapi apa lagi yang boleh dikunyah bila diri diapungkan beribu-ribu kaki daripada aras laut ke udara?

gedung aksara

Januari 29, 2008

novelhut

sepetak ruang dagang sastera yang wajib gua takah jika selisih dengan bandar ipoh. buku2 di sini harga dagangnya memang sangat munasabah; ditokok pula dengan mutu kertas+kulit nya yang masih baik. selalunya gua akan memujuk perut dengan nasi ikan pari portugis di medan sajian setelah 1-2 jam memerap diri di sini. tetapi buku2 sastera memang sudah tiada – sebab gua dah raih hampir kesemuanya… haha!

menagih masa

Januari 29, 2008

maggi

ramai yang mengkelaskan maggi dalam kelompok ‘junk food’ .. tapi di sini bukanlah ruang untuk gua memperihalkan tentang zat @ gizi @ khasiat @ pati yang tak berimbang atau apa saja ‘junk’ yang ramai tuturkan tentang maggi. cuma sejak dari era gua mengenali maggi lagi (umur 5 atau 6 tahun mungkin), gua fikir bahawasanya maggi mengasuh kita tentang erti ‘meminta’.  selama ini dan hingga hari ini pun, maggi cuma ‘meminta’2 minit – daripada ruang masa kita yang terlalu sibuk dengan kegelagatan masing2. ya, cuma 2 minit .  2 minit sudah cukup untuk melunakkan deria bau dan lidah kita – dan gua terasuh dengan cara hemahnya maggi ‘meminta’ masa!   dalam keruwetan meladeni hari2 mendatang, gua akan lebih menghargai dan berwaspada dalam ‘menagih masa’ seseorang…

 p/s: yang di belakang itu ‘degup’ -jantungnya pentafsir maggi- haha !

‘coba’ teka siapa itu

Januari 28, 2008

abang helmy samad

cuba teka siapa?…

1. jejaka berona biru -yang rambutnya berumbai-umbai;

2. juga jejaka, tetapi separuh mukanya ditumbuhi ‘tumor’ elipsis! haha..

   …siapa yang tahu jawapannya akan gua belanja nasi itik dan air serbat!