pasang-surut

Januari 28, 2008

6 muharam, 1429. sekitar 7.57 pagi.

gelintar ditengah-tengah ombak insani dan kenaikan -gua sunyi dalam ruang diri sendiri; terkebil menyeluruhi ruang dan bucu (rupa-rupanya alam ini memang sebati dengan masyarakat!)

pagi itu iklim di langitnya ramah; cuma iklim di buminya agak ruwet. manusia dan mesin tergesa  - membimbit ‘arah’ jihat masing2  -  gua lekas-lekas (tanpa diminta) terhantar untuk  memisalkan suasana ini dengan laut. mendadak segerombol insani dengan kegelagatan yang rencam melintas jalan  -  ke satu pola arah. di bucu lain, sebusa insani tergaul dalam lintasan ‘zebra’ menggagahi denai kaki -juga ke satu pola arah. di dada jalanraya, [ mesin+jentera=kenaikan ]menderam bagaikan arnab perengus yang luka dan murka -pangkah-memangkah -gulungan asapnya serupa kapas hitam merelung terus ke rahim cakerawala. dalam lingkungan ‘air pasang’ itu, gua melarutkan deria lidah dengan kafeina -RM1.70- hmm, boleh tahan! 

santak 1 jam @ tumpu jam 9 pg, ‘air pasang’ - bancuhan insani dan mesin – mulai reda, airnya linang sekali.  dengan hujung lidah yang masih terkesan dengan pahit kafeina, gua melangkah jejak ‘air pasang’ tadi  – sambil rangkai khayal gua cepat menyimpulkan - ” petang ini, sekitar jam 5, akan ’surut’ lah… kembali semuanya dari pantai rezeki ini.”

begitulah suatu pagi di megan avenue, jalan yap kuan seng di ibu kota.

‘Saya adalah mantan Sasterawan Negara, sekarang’-A.Samad Said

sila rujuk sini : http://klpos.com/klpos/index.php?option=com_content&task=view&id=2190&Itemid=49  untuk menekuni reaksi Pak Samad.

 Gua terdiam lama.

‘tahlil’

Januari 22, 2008

gua terdengar bias-bias suara sekitar jam 1.52 pagi tadi, di ruang legar minda.

‘bahasa melayu dah jadi gemulah!! bahasa melayu dah jadi gemulah!!’

..dan 7.13 pagi ini gua mundar-mandir di pasar pelabuhan kelang mencari perkakas bagi kenduri arwah dan ‘tahlil’ untuk bahasa melayu. gua sedih dan hiba. tapi, tak mengapalah. mungkin majlis malam ini hanya dihadiri oleh gua, pena, buku dan penanda buku. gua betul2 hanyut dalam arus belasungkawa.

hasil sastera SN ‘terlalu berat’ untuk teks KOMSAS? atau ada segelintir gerombol puak yang ‘terlalu ringan’ untuk menjamah?  gua cepat2 terimbas raut Pak Samad yang setia dengan beg sandangnya..

 ayuh kita selamatkan sastera bahasa melayu.

renjis dua sejoli

 tengkolok sang raja;sipu anak dara,

pelamin puncak idam;latah si mak andam,

kawah pakat berkat;nikmat tanah bakat,

genggam jabat erti;restuilah Illahi.

zawan baba, november 2006.

(belum pernah disiar di mana2)

 

(antara dua ke tiga minggu lagi!!)

human rights@human wrong?

Januari 17, 2008

gua terpanggil untuk membuat kenyataan di atas.

apa bezanya  pelaga ayam sabung di mukim jitra dengan penjual bunga-bungaan hidup di siar kaki sekitar kelang?

bukankah kedua-duanya ‘pembunuh-hidupan’ ?

maaf jika rakam hurufiah gua ini bertentangan dengan  buhul fahaman  gagasan tertentu.

gua cuma terfikir secara tak tersangka, maaf sekali lagi ya!

daerah samad yang berimbang

Januari 17, 2008

Setiap kali gua menghadami aksara susunan Pak Samad, gua akan inzal -puas- oleh kerana hemahnya Pak Samad mengasuh pembaca. Penelaah sering dipupuk supaya melihat sesuatu ruang atau hal itu daripada sisi yang berbeda -sudut pandang seorang janda (dijerat rindu) misalannya. Dan gua berasa amat terharu.

 untitled.jpg

Lantaran kerap menggauli aksara hurufiahnya dan penulisnya (tentunya Pak Samad!)- sering menghikmahkan gua tentang peri kehidupan -dan rakam keinsafan. Dan gua fikir dengan kesempatan ruang yang masih ada, gua harus lekas memetik buah kearifan yang ranum daripada pohon kreatif Sasterawan Negara ini.

kebasahan gusi

November 22, 2007

Semalam, atau lebih tepat sekitar  jam 9 pagi – gua hampir hilang kawalan kereta kerana pola tumpuan gua dikacau ganggu oleh ‘jokes’ bahasa inggeris di corong radio.  kurang lebih begini runut kelakarnya:

A man trying to propose a woman.

Man      : Will you marry me?

Woman  : No.

And the man live happily ever after.

Gua pecah terbahak-bahak seorang dalam kelisa kelabu.

mereka bohong

November 19, 2007

kepada diluar sana,

gua tertarik dengan dua hal yang tampak semisal, sebaliknya berbeda dan bertokok tindih jika tak disaring elok-elok. hal yang gua maksudkan ialah hal ‘mereka-reka’ dan hal ‘bohong’. hal acuh ini terpetik bila gua mengunyah film ‘bridge to therabithia’ (filmnya agak tawar; tapi penuh bumbu & khasiat!). di laman sesawang ini gua coba luah perihal ‘mereka-reka’ dan ‘bohong’ – dari sisi pandangan marhean. ayoh kita lihat dua contoh petikan dibawah:

1. petang itu pawana sungguh lunak. muka lereng bukit yang luas dan bau rumput musim timur seolah-olah meransang aku supaya lekas berlari. tapak tangan kiri dan kananku kemas memaut buhul benang yang putih ronanya. lebih kurang lima atau enam rantai jauhnya Sanong merentang jarak dari titik aku bertegak, dia melambai-lambai seolah-olah memberi isyarat bersedia!  eratan genggaman aku kemaskan dan mulai dengan kiraan 3..2..1..lepas!.. – aku telah berjaya menaikkan sebuah we bule!!!   

2.ahh.. aku tahu main wau bule, cuma perlu lari laju-laju!

pehatikan kedua-dua petikan, ceritanya biasa saja, hanya berkisar tentang gerak kerja menaikkan we bule (wau bulan!)..tapi yang mana satu ‘mereka-reka’ dan mana satu ‘bohong’ ?  di dalam buku karangan HAMKA bertajuk ‘bohong di dunia’ telah menjelaskan lapis makna ‘bohong’ itu sendiri. tapi gua amat tertarik dengan ‘mereka-reka’ atau dalam bahasa inggerisnya ‘made up’ . jika ditekuni dan disaring, hal ‘mereka-reka’ inilah yang amat defisit dalam rakaman-rakaman persepsi hidup gua. dan selalunya gua akan terimbas pengalaman di abad lalu semasa kecil, hal ‘mereka-reka’ ini acapkali digunapakai terutamanya oleh orang-orang pikun (tua) dalam menambah perasa dalam cerita mereka yang jenuh dengan asuhan - dan gua akan terlopong mendengarnya pula!

mungkin gua rumuskan begini, dalam dialog di bawah, dipetik dari rangkai khayal gua yang tohor (abong disini ialah seorang teman khayal gua-pelukis abstrak dari khayalan-khayalan liar dan menyerbu):

abong: kau pernah main we bule?

gua :  tak pernah

abong: jadi kau berbohong?

gua: tak. aku mereka-reka.

abong: samalah tu!

gua: tidak,ianya berbeza. begini, semasa kau melukis dari pandangan mata we bule, adakah kau pernah menjadi we bule atau setidak-tidaknya melonjak tubuh searas we bule?

abong: tak pernah. aku cuma membayangkannya dan mewaraskannya di atas muka kanvas.

gua: jadi itulah mereka-reka!

…dan gua dan abong meneruskan khayalan kami!!

dari dalam sini

klimaks

November 16, 2007

 ruang jiwa gua akan klimaks jika ke sini; 

klimaks!

hey! jangan salah sangka dulu..ini bukan buku yang itu-itu dan ini-ini tahu!!

kebelakangan ini gua melemaskan diri ke kancah perisian tiruan bentuk; hasil beberapa uzlah dengan diri sendiri dan berguru dengan saudara irwan syah( yg mahu dikenali sebagai syed raboy!)-maka hasilnya seperti gambarajah dibawah:

foto-syok!

foto-syok!