‘Saya adalah mantan Sasterawan Negara, sekarang’-A.Samad Said
sila rujuk sini : http://klpos.com/klpos/index.php?option=com_content&task=view&id=2190&Itemid=49 untuk menekuni reaksi Pak Samad.
Gua terdiam lama.
‘tahlil’
Januari 22, 2008
gua terdengar bias-bias suara sekitar jam 1.52 pagi tadi, di ruang legar minda.
‘bahasa melayu dah jadi gemulah!! bahasa melayu dah jadi gemulah!!’
..dan 7.13 pagi ini gua mundar-mandir di pasar pelabuhan kelang mencari perkakas bagi kenduri arwah dan ‘tahlil’ untuk bahasa melayu. gua sedih dan hiba. tapi, tak mengapalah. mungkin majlis malam ini hanya dihadiri oleh gua, pena, buku dan penanda buku. gua betul2 hanyut dalam arus belasungkawa.
hasil sastera SN ‘terlalu berat’ untuk teks KOMSAS? atau ada segelintir gerombol puak yang ‘terlalu ringan’ untuk menjamah? gua cepat2 terimbas raut Pak Samad yang setia dengan beg sandangnya..
ayuh kita selamatkan sastera bahasa melayu.