gua larik untuk diri gua sendiri
Januari 17, 2008
renjis dua sejoli
tengkolok sang raja;sipu anak dara,
pelamin puncak idam;latah si mak andam,
kawah pakat berkat;nikmat tanah bakat,
genggam jabat erti;restuilah Illahi.
zawan baba, november 2006.
(belum pernah disiar di mana2)
(antara dua ke tiga minggu lagi!!)
human rights@human wrong?
Januari 17, 2008
gua terpanggil untuk membuat kenyataan di atas.
apa bezanya pelaga ayam sabung di mukim jitra dengan penjual bunga-bungaan hidup di siar kaki sekitar kelang?
bukankah kedua-duanya ‘pembunuh-hidupan’ ?
maaf jika rakam hurufiah gua ini bertentangan dengan buhul fahaman gagasan tertentu.
gua cuma terfikir secara tak tersangka, maaf sekali lagi ya!
daerah samad yang berimbang
Januari 17, 2008
Setiap kali gua menghadami aksara susunan Pak Samad, gua akan inzal -puas- oleh kerana hemahnya Pak Samad mengasuh pembaca. Penelaah sering dipupuk supaya melihat sesuatu ruang atau hal itu daripada sisi yang berbeda -sudut pandang seorang janda (dijerat rindu) misalannya. Dan gua berasa amat terharu.

Lantaran kerap menggauli aksara hurufiahnya dan penulisnya (tentunya Pak Samad!)- sering menghikmahkan gua tentang peri kehidupan -dan rakam keinsafan. Dan gua fikir dengan kesempatan ruang yang masih ada, gua harus lekas memetik buah kearifan yang ranum daripada pohon kreatif Sasterawan Negara ini.