mereka bohong
November 19, 2007
kepada diluar sana,
gua tertarik dengan dua hal yang tampak semisal, sebaliknya berbeda dan bertokok tindih jika tak disaring elok-elok. hal yang gua maksudkan ialah hal ‘mereka-reka’ dan hal ‘bohong’. hal acuh ini terpetik bila gua mengunyah film ‘bridge to therabithia’ (filmnya agak tawar; tapi penuh bumbu & khasiat!). di laman sesawang ini gua coba luah perihal ‘mereka-reka’ dan ‘bohong’ – dari sisi pandangan marhean. ayoh kita lihat dua contoh petikan dibawah:
1. petang itu pawana sungguh lunak. muka lereng bukit yang luas dan bau rumput musim timur seolah-olah meransang aku supaya lekas berlari. tapak tangan kiri dan kananku kemas memaut buhul benang yang putih ronanya. lebih kurang lima atau enam rantai jauhnya Sanong merentang jarak dari titik aku bertegak, dia melambai-lambai seolah-olah memberi isyarat bersedia! eratan genggaman aku kemaskan dan mulai dengan kiraan 3..2..1..lepas!.. – aku telah berjaya menaikkan sebuah we bule!!!
2.ahh.. aku tahu main wau bule, cuma perlu lari laju-laju!
pehatikan kedua-dua petikan, ceritanya biasa saja, hanya berkisar tentang gerak kerja menaikkan we bule (wau bulan!)..tapi yang mana satu ‘mereka-reka’ dan mana satu ‘bohong’ ? di dalam buku karangan HAMKA bertajuk ‘bohong di dunia’ telah menjelaskan lapis makna ‘bohong’ itu sendiri. tapi gua amat tertarik dengan ‘mereka-reka’ atau dalam bahasa inggerisnya ‘made up’ . jika ditekuni dan disaring, hal ‘mereka-reka’ inilah yang amat defisit dalam rakaman-rakaman persepsi hidup gua. dan selalunya gua akan terimbas pengalaman di abad lalu semasa kecil, hal ‘mereka-reka’ ini acapkali digunapakai terutamanya oleh orang-orang pikun (tua) dalam menambah perasa dalam cerita mereka yang jenuh dengan asuhan - dan gua akan terlopong mendengarnya pula!
mungkin gua rumuskan begini, dalam dialog di bawah, dipetik dari rangkai khayal gua yang tohor (abong disini ialah seorang teman khayal gua-pelukis abstrak dari khayalan-khayalan liar dan menyerbu):
abong: kau pernah main we bule?
gua : tak pernah
abong: jadi kau berbohong?
gua: tak. aku mereka-reka.
abong: samalah tu!
gua: tidak,ianya berbeza. begini, semasa kau melukis dari pandangan mata we bule, adakah kau pernah menjadi we bule atau setidak-tidaknya melonjak tubuh searas we bule?
abong: tak pernah. aku cuma membayangkannya dan mewaraskannya di atas muka kanvas.
gua: jadi itulah mereka-reka!
…dan gua dan abong meneruskan khayalan kami!!
dari dalam sini
November 19, 2007 at 11:55 pm
great analogy to differentiate between the two. to make up or to conjure up is to tap into your creative mind, to visualize, and to ultimately produce something, be it words, works of art or of creative writing.
November 23, 2007 at 1:14 am
teruskan lah berkhayal…